Pertamanya, secara jujurnya aku amat berkecil hati dengan tindakan sahabatku ini. Kisahnya mudah akan tetapi memberi kesan mendalam bagiku. Sahabatku ini baru pulang dari misi kemanusiaan di Kelantan. Aku wechat tapi tak balas. Aku faham kau kepenatan. Seawal jam 3.00 pagi chat masuk dan ternyata kau sudah bangkit dari tidur dan membalas chat aku. Kau lapar dan nak makan. Walaupun aku mengantuk masa tu, aku tetap mengiyakan pelawaan kau untuk ajak aku temankan kau makan. Jam 3.00 pagi bro. Takpelah sebab kawan. Aku ok. Siap makan dan siap borak balik rumah 5.00 pagi. Siapa kata tak ngantuk dan tak penat? Tapi nak menjaga hati kawan. Aku ok.
Selang beberapa hari, aku kena pergi JB sebab nak hantar along kat airport senai. Along nak pergi Serawak. Kerja sana. Aku balik dari JB dan sampai mersing jam 2.00 petang. Selesai solat, aku terus rebahkan badan dan tertidur sampai jam 6.00 petang. Usai solat, aku terasa lapar dan nak makan. Kat rumah memang takde makanan sebab masing-masing baru balik JB. Aku chat kau dan ajak kau makan. Kau cakap kau keluar dan ajak pergi bengkel kek untuk temankan kau buat kek. Aku ok. Aku chat kawan-kawan lain dan masing-masing tak respon. Apa ada hal, aku gerak sendiri pergi restoran sawah padi area pantai air papan. Sampai kat kedai makan, kawan-kawan lain balas chat dan ada lah kawan yang nak temankan aku makan. Tiba-tiba kawan ni cakap dia keluar dengan kau pergi air papan. Aku ok. Aku pelawa singgah kat kedai makan. Chat tak berbalas. Aku ok. Sampai masa kau lalu depan kedai makan tu dan kau tak berhenti pon. Sekadar lalu. Bro masa kau lapar jam 3.00 pagi, aku boleh mengalah bro temankan kau. Masa aku lapar jam 6.00 petang bro, kau singgah pon tak. Tapi takpe. Aku ok. Masa tu aku boleh agak, 'siapa aku disaat mereka ada, dan siapa aku di saat mereka tiada'. Tapi takpe sebab aku tetap ok.
Mula adegan bila lepak dengan kau, aku akan tarik muka dengan kau. Langsung tak berbual. Aku kecil hati. Ye bro, aku mengalah di saat kawan-kawan kau tengah tidur, dan kau tak boleh mengalah bila sampai turn aku. Tapi aku ok. Takpe.
Sampai la aku terfikir sebelum aku nak tulis blog ni. Mungkin ini perkara yang selalu aku lepas pandang. Ada mungkin aku sendiri buat macam ni kat kawan-kawan yang lain. Allah mungkin nak aku semak dan perbaiki diri aku. Aku positif. Maafkan aku bro, aku tahu kau terasa sebab aku sikit pon tak pandang muka kau bila kita lepak ramai-ramai. Apatah lagi berborak dengan kau? Maaf kan aku kerana aku juga pendosa. Berkenaan kes kau, biarlah Allah nilai perbuatan aku. Aku tak nak kau rasa terhutang budi dengan aku bila aku buat baik dengan kau sebab aku bukan mahukan perhatian kau. Yang aku mahukan hanya perhatian Allah. Maafkan aku kawan kalau kau terasa. Aku dah maafkan kau.
*siapa aku disaat mereka ada dan siapa aku disaat mereka tiada. (Mereka merujuk kepada kawan-kawan kau).
*kerana aku juga pendosa. (Aku bukan maksum)
*semoga bermanfaat untuk semua. Untuk semua yang bergelar kawan, ada kalanya kita terlepas pandang perkara-perkara kecil yang mengguris perasaan sahabat kita.
"Ukhwah ini bukan hanya untuk di dunia kerana aku idamkan kita akan jumpa bersama-sama di syurga. Amin."
Sekian, terima kasih.
Januari, 8, 2014
3.05 a.m.
No comments:
Post a Comment