Wednesday, January 7, 2015

Kerana Aku Juga Seorang Pendosa

Assalamualaikum. Setelah sekian lamanya aku menghilang. Hari ini aku terasa ingin kembali ke laman ini untuk berkongsi setiap rasa yang mengalir bersama darah ke seluruh tubuhku ini kerana aku juga punya perasaan.
   Pertamanya, secara jujurnya aku amat berkecil hati dengan tindakan sahabatku ini. Kisahnya mudah akan tetapi memberi kesan mendalam bagiku. Sahabatku ini baru pulang dari misi kemanusiaan di Kelantan. Aku wechat tapi tak balas. Aku faham kau kepenatan. Seawal jam 3.00 pagi chat masuk dan ternyata kau sudah bangkit dari tidur dan membalas chat aku. Kau lapar dan nak makan. Walaupun aku mengantuk masa tu, aku tetap mengiyakan pelawaan kau untuk ajak aku temankan kau makan. Jam 3.00 pagi bro. Takpelah sebab kawan. Aku ok. Siap makan dan siap borak balik rumah 5.00 pagi. Siapa kata tak ngantuk dan tak penat? Tapi nak menjaga hati kawan. Aku ok. 
   Selang beberapa hari, aku kena pergi JB sebab nak hantar along kat airport senai. Along nak pergi Serawak. Kerja sana. Aku balik dari JB dan sampai mersing jam 2.00 petang. Selesai solat, aku terus rebahkan badan dan tertidur sampai jam 6.00 petang. Usai solat, aku terasa lapar dan nak makan. Kat rumah memang takde makanan sebab masing-masing baru balik JB. Aku chat kau dan ajak kau makan. Kau cakap kau keluar dan ajak pergi bengkel kek untuk temankan kau buat kek. Aku ok. Aku chat kawan-kawan lain dan masing-masing tak respon. Apa ada hal, aku gerak sendiri pergi restoran sawah padi area pantai air papan. Sampai kat kedai makan, kawan-kawan lain balas chat dan ada lah kawan yang nak temankan aku makan. Tiba-tiba kawan ni cakap dia keluar dengan kau pergi air papan. Aku ok. Aku pelawa singgah kat kedai makan. Chat tak berbalas. Aku ok. Sampai masa kau lalu depan kedai makan tu dan kau tak berhenti pon. Sekadar lalu. Bro masa kau lapar jam 3.00 pagi, aku boleh mengalah bro temankan kau. Masa aku lapar jam 6.00 petang bro, kau singgah pon tak. Tapi takpe. Aku ok. Masa tu aku boleh agak, 'siapa aku disaat mereka ada, dan siapa aku di saat mereka tiada'. Tapi takpe sebab aku tetap ok.
   Mula adegan bila lepak dengan kau, aku akan tarik muka dengan kau. Langsung tak berbual. Aku kecil hati. Ye bro, aku mengalah di saat kawan-kawan kau tengah tidur, dan kau tak boleh mengalah bila sampai turn aku. Tapi aku ok. Takpe. 
   Sampai la aku terfikir sebelum aku nak tulis blog ni. Mungkin ini perkara yang selalu aku lepas pandang. Ada mungkin aku sendiri buat macam ni kat kawan-kawan yang lain. Allah mungkin nak aku semak dan perbaiki diri aku. Aku positif. Maafkan aku bro, aku tahu kau terasa sebab aku sikit pon tak pandang muka kau bila kita lepak ramai-ramai. Apatah lagi berborak dengan kau? Maaf kan aku kerana aku juga pendosa. Berkenaan kes kau, biarlah Allah nilai perbuatan aku. Aku tak nak kau rasa terhutang budi dengan aku bila aku buat baik dengan kau sebab aku bukan mahukan perhatian kau. Yang aku mahukan hanya perhatian Allah. Maafkan aku kawan kalau kau terasa. Aku dah maafkan kau. 
*siapa aku disaat mereka ada dan siapa aku disaat mereka tiada. (Mereka merujuk kepada kawan-kawan kau).
*kerana aku juga pendosa. (Aku bukan maksum)

*semoga bermanfaat untuk semua. Untuk semua yang bergelar kawan, ada kalanya kita terlepas pandang perkara-perkara kecil yang mengguris perasaan sahabat kita.

"Ukhwah ini bukan hanya untuk di dunia kerana aku idamkan kita akan jumpa bersama-sama di syurga. Amin."

Sekian, terima kasih.
Januari, 8, 2014
3.05 a.m.

Friday, April 19, 2013

Tipu vs Jujur

assalamualaikum.
hari ini hijau lg, sbb hijau warna kegemaran Rasulullah.
tajuk hari ni adalah tipu vs Jujur

hmm, hari ni aku banyak belaja supaya berlaku jujur.
macam2 lah yg berlaku.
bermula dgn sekola yg mntk aku dtg ajar, mak n ayah aku dan bnyk lg.
hari ni banyak perkara aku terlepas pandang.
terlalu leka sampai banyai perkara ak tak jujur

mula2 dgn sekola dr bpahat tu,
aku ckp xdpt dtg sbb ada urusan keluarga.
sebenarnya aku tahu ayah berat hati nak bg aku g batu pahat sbb aku kena ajar mersing n sepatutnya aku kena dahulukan mersing.
aku buat keputusan tak pergi dan tup2 sekola bpahat tepon aki sbb peruntukan utk bayar aku dah pon keluar, id aku serba salah n aku kena pergi.
mujur ayah ok je, hmmm.

berkenaan dgn mak pulak, kan aku bg tahu yg tab ni , masih dirahsiakan.
tiba2 balik je dr kerja mak ckp, 'ouwh pandai dah tipu mak, ckp pergi nengok2 henset, rupanya beli henset'. satu penipuan lagi kantoi. haha
aku ingt nk rahsiakan dulu sbb konon nk buat suprise la kanl tp mak touching pulak. hmm
jadi dr ptg td, mcm biasa proses pujuk mak, haha.
keluar g pasar, teman mak mlm ni ada ceramah.
mak senyum gembira dan aku puas hati, hehe.

kesimpulannya di sini,
seringkali kita buat penipuan atas niat yg baik,
tp kena ingt yg niat xmenghalalkan cara.
tipu adalah salah, dan yg salah pasti akn diketahui kebenarannya.
lebih baik kita jujur dan jgn lah kita menipu sbb biasanya tipu akn kalah.
kita mungkin senangkan hati org lain dgn penipuan yg kita buat, itu pon utk sementara.
dlm masa yg sama kita akn merasa bersalah dgn diri kita, sbb dibelenggu sesuatu yg xjujur.
nampak simpl2, tp ianya sgt merbahaya dan membunuh
aku nekad utk tak menipu sbb aku dah terkena.

semoga Allah pelihara kita drpd perkara mzmumah. amiim.


sampai sini jelah cerita aku. pengajarannya, jgn menipu walaupon utk perkara kebaikan. jujur dlm semua perkara. sehingga bertemu esok. wasalam.

*seperkara lg, doakan perjalan aku ke bpahat esok utk bengkel nasyid. semoga ak dpt buat yg trbaik. org dah baya, kita kena bg sehabis baik. :)

Thursday, April 18, 2013

Kegembiraan vs Kesedihan

saya suka hijau.
berkenaan soal kegembiraan dan kesedihan, ramai yang lebih banyak meluangkan masa untuk bersedih daripada bergembira. 
ramai mempersoalkan tentang kesedihan berbanding kegembiraan yang mereka alami.
taktik yang aku praktikkan masa aku sedih adalah, dengan menghitung perkara2 yang membahagiakan aku untuk hari tu.
aku tahu betapa banyaknya kegembiraan yang aku dapat sepanjang hari, dan terlalu sedikit kesedihan yang aku alami.
aku sedar kalau aku sedih, aku rasa mcm terjatuh dan tak ada sape nk tolong selamatkan. 
sebenarnya memang takde pon. 
hanya aku yang boleh mengawal perasaan sedih dan gembira aku.
kalau kita boleh kawal diri kita, kenapa tidak kita kawal supa kita kekal ceria dan bahagia?
semuanya bergantung pada diri kita.

Alhamdulillah, hari ni ayah belikan aku Samsung Galaxy Tab 2.0, 7.0 inch. 
aku rasa gembira yang amat.
tak terluah kegembiraan ini. 
cuma ayah berpesan supaya aku jangan tinggal solat dan belaja bersungguh-sunguh. 
bagi aku, ni hadiah hari jadi yang paling best dan bermakna. walaupon hari jadi aku 8 hari akan dtg.
aku sangkakan ayah hanya bergurau, tapi tak sangka ayah betul2 serius nk belikan tab tu. 
tiada kata selain terima kasih yang aku mampu ucapkan. terima kasih ayah!

pulang ke rumah dgn perasaan gembira dan ternyata ada satu perasaan yang membunuh perasaan gembira tu.
hmmmmm.. mak muka muram. entah kenapa. aku tak nk fikir negatif dan aku bersangka baik.
berborak dgn mak, tolong mak masak, buat perkara yang menggembirakan hati mak.
mak senyum dan aku puas.

act, kehadiran tab ni semua belum tahu kecuali ayah la, sbb ayah belikan. aku kena rahsiakan. nnti jadi isu. hahaha
ok lah semua. sampai di sini sahaja jari jemari aku mampu menaip utk bercerita. selebihnya kita jumpa esok malam.
selamat malam, assalamualaikum. :)

Wednesday, April 17, 2013

Sem 4 dah habis???????? hahaha

Assalamualaikum
terasa terlalu lama tak update blog, rasanya last masa part 1 dulu, hahaha.
pejam celik sekarang dah pon habis part 4. sem depan nak melangkah ke sem 5. 
terlalu banyak perkara yang dipelajari, terlalu banyak kisah duka dan duka seorang penghibur dukha ni. 
soal kawan, soal wanita, soal dia teristimewa dan banyak persoalan. terlalu banyak kisahnya.

perjalanan sem 4 ni berliku dgn banyak perkara yang mencabar. 
tapi sem ni banyak rezki yang Allah bagi kt aku. aku join group nasyid terkemuka dlm nasyid underground, aku dijemput untuk beri sedikit ceramah vokal dan perkusi di SMK Lui Barat, Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur dan banyak lagi. 
aku yakin yang Allah beri aku rezki ini atas keberkatan mak ayah yg nak aku ambil kos ni. dulunya nak amek kos muzik dan aku buat keputusan amek kos ni ats sebab mak ayah dan sekarang aku nampak hasilnya. terima kasih Allah, terima kasih mak dan ayah.

sem 4 jugak lah sem terakhir pertemuan antara kami dan cik fara yg selalu ada utk kami. sedih memang la sedih, tapi tugasan dan amanah itu lebih utama daripada yg lain2. 
semoga cik fara berjaya dgn bidang yg diceburi. 
masa majlis perpisahan tu sengaja lari sbb sedih. sy duduk dlm bilik je. nengok dr jauh. :)

hmmmm. xnk cerita sedih dah. hahaha. ok. jumpa lagi esok. 
azam baru *nak kemas kini blog setiap malam! hehehe. :)

Saturday, September 24, 2011

AKU TAK BODOH!!!

Baru lepas nengok cerite AKU TAK  BODOH,,,
sgt suka cerita tu,,,mengisahkan tntang permasalahan yang berlaku sekeliling kita...
sgt memberi input yang sgt mendalam...hampir menangis tengok movie tu,hahaha...hanya ad 2 movie yg buat aq hampir menangis 1)kasih ibu,2)citer AKU TAK BODOH ni..
sgt bermotivasi bila nengok cerita ni...
bermula dgn peranan keluarga,kawan,sekolah,masyarakat sekeliling,polis dan mcm2 lg...

walaupun cerite tu da lame kuar,tp bru nk nengok n citer ni sy suke sgt3!!!
nangis bile part yg mengisahkan tntang msalah keluarga...

bagi ak bermula daripada dalaman setiap insan...
pengaruh drpd org sekeliling itu sendiri...
peranan keluarga sgt memainkan peranan yg sgt pnting..
ibu bapa yang mencorakkan ank mereka..
kain putih itu dilukis mengikut acuan dan warna ibu-bapa mereka sendiri..
tak pelik kalau org kata "bagaimana acuan begitulah..............(lupa,hahaha!!)
pengaruh kwn pon pnting,,,dgn pihak sekolah lg n mcm2 lar...
semua ini berkisarkan ceritera yg berlaku dlm masyarakat Malaysia sekarang...
style yg kaya dgn msalah yg kekayaanya dan sederhana dgn msalah kesederhanaanya itu..

nengok la movie tu..sumpah bez dan mmberi input yg bernilai ^_^

*sambung stdy chemist..

Thursday, September 22, 2011

KAWAN???

Bagi aku,semua orang kawan aku,,
tapi sepanjang aku menetapkan diri kt UiTM ni,aq xpnah dpt sorang pon sahabat baik...
Aq nk kwn baik,yg boleh kongsi masalah,suka duka,tp aq xpernah dpt n x diizinkan utk jmpa dgn seorang sahabat baik...

sahabat ibarat pohon,di mana tepat yang aku boleh buat berteduh,meski merbahaya dilukai ranting yang akan menimpaku,namun aku yakin parut luka itulah yang akan membuktikan yang aku adalah sahabatmu,dan kaulah sahabatku...namun pohon itu masih belumku temu,mungkin hingga akhir semesta?mungkin suatu hari nnti..

bukan mudah...tp aku yakin,kehidupan selepas sem 2 ni akan jauh lebih mencabar,,,dan bukan kwn serumah di kolej lg menjadi teman rapat,tp teman rumah di luar sana...makan,minum,belajar adalah bersama..

kawan yang baik,adalah kawan yang berani menegur kesilapan kawannya...kawan ada di mana-mana,tp dalam di mana-mana itu xsemua menyenangkan,dan xsemua faham ap itu erti kawan...

namun,aku yakin...ianya bukan mudah...



Thursday, September 8, 2011

maaf =_____="

aq kt sini nk mintak maap pd semua kwn ladang part 1...
aq rse sgt bersalah dgn report yg dibentangkan pd 9/9/2011..,
entah la,rse sgt bersalah sgt menyelubungi diri ak...,
aq bukanlah ketua yang baik utk korang,aq bukanlah ketua yang hebat,dan aq yakin pasti ad pertikaian mase aq dilantik jd ketua,,,
walaupun aq xpernah merungut,xpernah nk marah sgt2 kt korang..tp aq still sayang korang as my team..
tanpa korang sape aq sbagai group leader...
and aq nk bg tahu kt korang yg sbenarnya aq rse sgt xlayak jd ketua korang..n aq perasan kot dgn gelagat korang...
sgt malu apabila kene hambur dgn miss...
n atas silap aq n wawa korang lark yg kne hambur...
aq cuba utk baiki diri aq,tp aq rse aq dah xkuat mungkin..
jd aq berhasrat utk 'undur diri'...
walaupun aq xpenah nk bg tahu kt sape2 sal hasrat aq ni...
aq harap korang paham,,kadang2 nak puas kn sseorang ni kne lunaskan ap yg dikehendaki..mungkin kehendak korang utk aq jd k.g aq dah lunaskan,dan korang pon sgt MEMBERI KERJASAMA yg sgt "BAGUS" so aq harap korang lunaskan permintaan aq,,,
mohon undur diri~

sekian...