Friday, April 19, 2013

Tipu vs Jujur

assalamualaikum.
hari ini hijau lg, sbb hijau warna kegemaran Rasulullah.
tajuk hari ni adalah tipu vs Jujur

hmm, hari ni aku banyak belaja supaya berlaku jujur.
macam2 lah yg berlaku.
bermula dgn sekola yg mntk aku dtg ajar, mak n ayah aku dan bnyk lg.
hari ni banyak perkara aku terlepas pandang.
terlalu leka sampai banyai perkara ak tak jujur

mula2 dgn sekola dr bpahat tu,
aku ckp xdpt dtg sbb ada urusan keluarga.
sebenarnya aku tahu ayah berat hati nak bg aku g batu pahat sbb aku kena ajar mersing n sepatutnya aku kena dahulukan mersing.
aku buat keputusan tak pergi dan tup2 sekola bpahat tepon aki sbb peruntukan utk bayar aku dah pon keluar, id aku serba salah n aku kena pergi.
mujur ayah ok je, hmmm.

berkenaan dgn mak pulak, kan aku bg tahu yg tab ni , masih dirahsiakan.
tiba2 balik je dr kerja mak ckp, 'ouwh pandai dah tipu mak, ckp pergi nengok2 henset, rupanya beli henset'. satu penipuan lagi kantoi. haha
aku ingt nk rahsiakan dulu sbb konon nk buat suprise la kanl tp mak touching pulak. hmm
jadi dr ptg td, mcm biasa proses pujuk mak, haha.
keluar g pasar, teman mak mlm ni ada ceramah.
mak senyum gembira dan aku puas hati, hehe.

kesimpulannya di sini,
seringkali kita buat penipuan atas niat yg baik,
tp kena ingt yg niat xmenghalalkan cara.
tipu adalah salah, dan yg salah pasti akn diketahui kebenarannya.
lebih baik kita jujur dan jgn lah kita menipu sbb biasanya tipu akn kalah.
kita mungkin senangkan hati org lain dgn penipuan yg kita buat, itu pon utk sementara.
dlm masa yg sama kita akn merasa bersalah dgn diri kita, sbb dibelenggu sesuatu yg xjujur.
nampak simpl2, tp ianya sgt merbahaya dan membunuh
aku nekad utk tak menipu sbb aku dah terkena.

semoga Allah pelihara kita drpd perkara mzmumah. amiim.


sampai sini jelah cerita aku. pengajarannya, jgn menipu walaupon utk perkara kebaikan. jujur dlm semua perkara. sehingga bertemu esok. wasalam.

*seperkara lg, doakan perjalan aku ke bpahat esok utk bengkel nasyid. semoga ak dpt buat yg trbaik. org dah baya, kita kena bg sehabis baik. :)

Thursday, April 18, 2013

Kegembiraan vs Kesedihan

saya suka hijau.
berkenaan soal kegembiraan dan kesedihan, ramai yang lebih banyak meluangkan masa untuk bersedih daripada bergembira. 
ramai mempersoalkan tentang kesedihan berbanding kegembiraan yang mereka alami.
taktik yang aku praktikkan masa aku sedih adalah, dengan menghitung perkara2 yang membahagiakan aku untuk hari tu.
aku tahu betapa banyaknya kegembiraan yang aku dapat sepanjang hari, dan terlalu sedikit kesedihan yang aku alami.
aku sedar kalau aku sedih, aku rasa mcm terjatuh dan tak ada sape nk tolong selamatkan. 
sebenarnya memang takde pon. 
hanya aku yang boleh mengawal perasaan sedih dan gembira aku.
kalau kita boleh kawal diri kita, kenapa tidak kita kawal supa kita kekal ceria dan bahagia?
semuanya bergantung pada diri kita.

Alhamdulillah, hari ni ayah belikan aku Samsung Galaxy Tab 2.0, 7.0 inch. 
aku rasa gembira yang amat.
tak terluah kegembiraan ini. 
cuma ayah berpesan supaya aku jangan tinggal solat dan belaja bersungguh-sunguh. 
bagi aku, ni hadiah hari jadi yang paling best dan bermakna. walaupon hari jadi aku 8 hari akan dtg.
aku sangkakan ayah hanya bergurau, tapi tak sangka ayah betul2 serius nk belikan tab tu. 
tiada kata selain terima kasih yang aku mampu ucapkan. terima kasih ayah!

pulang ke rumah dgn perasaan gembira dan ternyata ada satu perasaan yang membunuh perasaan gembira tu.
hmmmmm.. mak muka muram. entah kenapa. aku tak nk fikir negatif dan aku bersangka baik.
berborak dgn mak, tolong mak masak, buat perkara yang menggembirakan hati mak.
mak senyum dan aku puas.

act, kehadiran tab ni semua belum tahu kecuali ayah la, sbb ayah belikan. aku kena rahsiakan. nnti jadi isu. hahaha
ok lah semua. sampai di sini sahaja jari jemari aku mampu menaip utk bercerita. selebihnya kita jumpa esok malam.
selamat malam, assalamualaikum. :)

Wednesday, April 17, 2013

Sem 4 dah habis???????? hahaha

Assalamualaikum
terasa terlalu lama tak update blog, rasanya last masa part 1 dulu, hahaha.
pejam celik sekarang dah pon habis part 4. sem depan nak melangkah ke sem 5. 
terlalu banyak perkara yang dipelajari, terlalu banyak kisah duka dan duka seorang penghibur dukha ni. 
soal kawan, soal wanita, soal dia teristimewa dan banyak persoalan. terlalu banyak kisahnya.

perjalanan sem 4 ni berliku dgn banyak perkara yang mencabar. 
tapi sem ni banyak rezki yang Allah bagi kt aku. aku join group nasyid terkemuka dlm nasyid underground, aku dijemput untuk beri sedikit ceramah vokal dan perkusi di SMK Lui Barat, Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur dan banyak lagi. 
aku yakin yang Allah beri aku rezki ini atas keberkatan mak ayah yg nak aku ambil kos ni. dulunya nak amek kos muzik dan aku buat keputusan amek kos ni ats sebab mak ayah dan sekarang aku nampak hasilnya. terima kasih Allah, terima kasih mak dan ayah.

sem 4 jugak lah sem terakhir pertemuan antara kami dan cik fara yg selalu ada utk kami. sedih memang la sedih, tapi tugasan dan amanah itu lebih utama daripada yg lain2. 
semoga cik fara berjaya dgn bidang yg diceburi. 
masa majlis perpisahan tu sengaja lari sbb sedih. sy duduk dlm bilik je. nengok dr jauh. :)

hmmmm. xnk cerita sedih dah. hahaha. ok. jumpa lagi esok. 
azam baru *nak kemas kini blog setiap malam! hehehe. :)