Thursday, April 18, 2013

Kegembiraan vs Kesedihan

saya suka hijau.
berkenaan soal kegembiraan dan kesedihan, ramai yang lebih banyak meluangkan masa untuk bersedih daripada bergembira. 
ramai mempersoalkan tentang kesedihan berbanding kegembiraan yang mereka alami.
taktik yang aku praktikkan masa aku sedih adalah, dengan menghitung perkara2 yang membahagiakan aku untuk hari tu.
aku tahu betapa banyaknya kegembiraan yang aku dapat sepanjang hari, dan terlalu sedikit kesedihan yang aku alami.
aku sedar kalau aku sedih, aku rasa mcm terjatuh dan tak ada sape nk tolong selamatkan. 
sebenarnya memang takde pon. 
hanya aku yang boleh mengawal perasaan sedih dan gembira aku.
kalau kita boleh kawal diri kita, kenapa tidak kita kawal supa kita kekal ceria dan bahagia?
semuanya bergantung pada diri kita.

Alhamdulillah, hari ni ayah belikan aku Samsung Galaxy Tab 2.0, 7.0 inch. 
aku rasa gembira yang amat.
tak terluah kegembiraan ini. 
cuma ayah berpesan supaya aku jangan tinggal solat dan belaja bersungguh-sunguh. 
bagi aku, ni hadiah hari jadi yang paling best dan bermakna. walaupon hari jadi aku 8 hari akan dtg.
aku sangkakan ayah hanya bergurau, tapi tak sangka ayah betul2 serius nk belikan tab tu. 
tiada kata selain terima kasih yang aku mampu ucapkan. terima kasih ayah!

pulang ke rumah dgn perasaan gembira dan ternyata ada satu perasaan yang membunuh perasaan gembira tu.
hmmmmm.. mak muka muram. entah kenapa. aku tak nk fikir negatif dan aku bersangka baik.
berborak dgn mak, tolong mak masak, buat perkara yang menggembirakan hati mak.
mak senyum dan aku puas.

act, kehadiran tab ni semua belum tahu kecuali ayah la, sbb ayah belikan. aku kena rahsiakan. nnti jadi isu. hahaha
ok lah semua. sampai di sini sahaja jari jemari aku mampu menaip utk bercerita. selebihnya kita jumpa esok malam.
selamat malam, assalamualaikum. :)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nice coretan! See tak susah cari blog artis. Btw,happy birthday. May Allah bless u. Semoga dapat teruskan perjuangan dlm nasyid and music mus :)

    ReplyDelete
  3. musss....birthday bilaa....hahhahahha...wahhhhh..sonok..sonok..lepas ni leh lepas rindu dgn baca blog awk la...huhuhuhu..please..updated ur life here bro...kngoh nk tahu byk ni...jgn lupe kakngoh pulok...sobs :')

    ReplyDelete